<<..Hakikat Dunia..>>







First of alL....tq sgt2 pada Allah sebab dengan izinNya dpt gk ana siapkan blog nie...Walaupun memakan masa...tp Alhamdulillah..puas ati untuk ana...maaf la kalau blog ni ade kena mengena dgn kehidupan antum semua...tp ana x de sikit pun nk kaitkn hidup ana dengan hidup antum....Just crik tempat yg blh ana share something...jom..usha2 dgn ape yg ade kt blog ana...harap antum bg skit komen..


Followers

About Me

My photo
pEy dEe, sErembAN, Malaysia
Ape nak cite pasal aku nie..erm..aku pun xtaw la....aku hanya manusia biase yg xtaw ape2..aku sedang belajar...belajar untuk tahu ape yg sepatutnya aku wt....erm...aku harap korang dapat tolong aku....

Tuesday, October 11, 2016

DeKat tApi JaUh ~

Dekat tapi jauh,


Di sini ku mencari erti hidup,Sisa-sisa hidup di pengakhiran zaman ini. Genggam erat tangan ini jangan lepaskan, Tuhanku yang satu.


Dekat tapi jauh,


Izinkan aku kembali ke jalanmu.Kuatkan imanku, kukuhkan akidahku,Jauh sudah ku berjalan di muka bumimu ini,Tetapi penuh dosa yg hina diri disaluti,Masihkah ada peluang untuk ku merasakanSyurga yang abadi sebagai tempat tinggal.


Dekat tapi jauh,


Menghayun kaki langkah terpatri,Ahh.. ku inginkan kedamaian itu, Ketenangan atas puji-pujian namaMu,Panjang helaku, nafasku mengadu,Mengapa suratan ini untuk ku.


Dekat tapi jauh


Menguis pasir menconteng isi hati,Namun tersepak oleh ombak tak berkaki,Padamkanlah segala rasa hitamUmpama pelita ditiup angin malamAgar kedamaian terasa tanpa kesakitan


Dekat tapi jauh


Insan terlena lupa usulnya,Kelihatan kecil pada pandangan mataKaburi jiwa dengan mewah duniaEgo nafsu mendabik dada besar kuasanya

Dekat tapi jauh,


Dikala hatiku bersiul sendiri,Aku terdampar seorang diri,Duniamu hampir dimamah,Terasa badan semakin goyahLuput tarikh menghampir noktahSendi memberontak tak mampu gagahAllahurabbi.. lama sudah kau pinjamkan diri iniIzinkan aku pergi dalam iman selubung diri





Maafkan segala kesalahan ana dunia dan akhirat.



Nukilan,
Khalifah dE DuniYa


Tuesday, April 21, 2015

BUAT KERJA KERANA ALLAH..!!

BUAT KERJA KERANA ALLAH..!!
Jangan diungkit walau sezarah
Hati tidak berasa gundah
Perasaan tidak mudah marah
Segala urusan menjadi mudah
Kerja tidak menjadi susah
Tenaga tidak menjadi payah
Fikiran tidak keluh kesah


BUAT KERJA KERANA ALLAH..!!
Terlari niat membawa padah
Hati hendaklah sentiasa di lembah
Letakkan diri dipaling bawah
Menyimpan ujub adalah barah
Halatuju menjadi terarah
Ketaatan tidak di tarah-tarah
Komitmen bersama mudah di kerah


BUAT KERJA KERANA ALLAH..!!
Bakti hendaklah sentiasa di curah
Segala pujian dianggap dadah
Keaiban diri harap di dedah
Mimpikan pangkat mengundang parah
Segala keputusan adalah musyawarah
Segala kesusahan di lihat riadah
Segala kelebihan adalah anugerah

BUAT KERJA KERANA ALLAH..!!
Rezeki subahat haram menjadi darah
Hak orang jangan di jarah
Kuasa makhluk tidak disembah
Musuh tidak mudah mengacah
Kawan jangan dijadikan amah
Maksiat jangan dibiar bernanah
Punca masalah hendaklah dirajah
Perbualan jangan ditambah perencah

BUAT KERJA KERANA ALLAH..!!
Jangan takut turun kelembah
Bisikan hendaklah selalu dilapah
Harapan kawan bersama dicecah
Kelebihan kawan jadikan madrasah
Hal yang kecil jangan direnyah
Prinsip jangan mudah goyah
Kelemahan kawan jangan digeledah


BUAT KERJA KERANA ALLAH..!!
Pasti tahu membezakan antah
Rahsia disimpan bukan dimuntah
Mendoakan kawan menjadi lumrah
Amalan kebaikan bercambah-cambah
Syaitan pasti gagal meludah
Pintu syak ditutup dengan mas merah
Kepada nafsu jangan mengalah

BUAT KERJA KERANA ALLAH..!!
Jangan sekali terasa culah
Jauhkan tamak utamakan barakah
Keazaman jangan dibiar lelah
Diri jangan dibiar berkelah
Perut jangan makanan berkolah
Ilmu hendaklah sentiasa bersekolah
Ibadah biar tinggi menggalah
Kepuasan jangan dibiar sudah
Semangat biar sehebat Handzalah


BUAT KERJA KERANA ALLAH..!!
Kerja bukanlah main redah
Diri tidak menadah-nadah
Tiada bezanya yang punya ijazah
dibibir sentiasa basah
Zikir dihati sentiasa menerjah
Setiap waktu ditikar sejadah

BUAT KERJA KERANA ALLAH..!!
Dengan kawan sentiasa berhemah
Pada yang dengki jangan disumpah
Kelemahan kawan jangan dilihat sampah
Jangan juga dianggap masalah
Usahakan kebaikan sentiasa bertambah
Supaya yang gelap dapat di cerah


BUAT KERJA KERANA ALLAH..!!
Pendapat orang jangan disanggah
Pendapat sendiri jangan terasa gah
Kekurangan kawan jangan disesah
Perkataan baik sentiasa dimadah
Keharmonian persahabatan sentiasa di asah
Jangan membuat sahabat resah
Rezeki dikumpul untuk ke Mekah
Bukannya untuk bermegah-megah
Latihlah diri menjadi tabah
Maruah jangan dibiar murah


BUAT KERJA KERANA ALLAH..!!
Segala perlakuan menjadi ibadah
Segala penyelewengan terasa bersalah
Rasakan kerja semuanya indah
Hendaklah sentiasa bermujahadah
Hindarkan segala sifat mazmumah
Himpunkan segala sifat mahmudah
Persahabatan jangan dipecah-pecah
Tiada yang mustahil semuanya munasabah
Orang jangan di acah-acah
Ehwal kawan sentiasalah jengah
Segala bantuan jangan dilengah


BUAT KERJA KERANA ALLAH..!!
Moga semuanya mendapat inayah
Agar terbuka pintu hidayah
Terlindung dari segala jenayah
Ingatlah selalu pesan Abah
Ingatlah pula pesan Rasulullah
Hanya pada Allah kita berserah ….

InsyaAllah . Amin ya Rabbal ' Alamin...



Menghijrahkan Diri Mmg Payah" "Ada Masa Kita Kalah" "Ada Masa Kita Lelah" "Ada Masa Kita Bertuah" "Itulah Namanya MUHAJADAH" "Kerana Ku Tahu Akhirnya Pasti Indah"


Thursday, December 26, 2013

KAU & AKU

Di saat ini mungkin kau derita, Mungkin kau gembira,
Hanya kau yang merasa, hanya kau yang tahu,
Cuma ku ingin kau tahu yang aku sentiasa mendoakan kau.
Aku tak mampu menjadi teman terbaik seperti yang kau bayangkan
Maafkan segala kesalahanku kepada kau
Walau siapa pun diri kau, walau dimana dan apa yang kau buat
Hati kita tetap takkan sama walau  tujuan hidup kita sama.

KU SAYANG, KU CINTA KAU KERANA ALLAH..

terus membaca -->> Ya Sadiqa




Tuesday, December 17, 2013

17.11.13 - 6.35PM

Dipondok kecil 
Dipantai ombak
Berbuih putih 
Beralun-alun

Di suatu hari Ayah berkata
Jaga adikmu Ayahkan pergi jauh
Kupandang wajah ayah 
Dahinya kucium
Air mata mengalir hatiku pilu

Diam-diamlah sayang jangan menangis
Do`akan Ayah semoga diterima
Diam adikku sayang jangan menagis
Andai Ayah gugur do`akan biar syahid

Selamat berjuang Ayah tercinta
Kau pergi dulu Ayah ke medan juang
Kuiringi do`a moga berjaya
Beroleh kemenangan demi agama Islam

Wahai abangku kemana Ayah 
Kusayang Ayah kucinta Ayah 
Wahai abangku kemana Ayah 
Kusayang Ayah kucinta Ayah 

Duhai adikku sayang jangan menangis
Ayah-mu pergi menyambut seruan Illahi
Tapi ingatlah adikku pesanan Ayah 
Berjuang dan berkorban walau diamana juang
Pada-Mu Tuhan aku bermohon
Dosa ayah-ku minta diampunkan
Berilah rahmat bantulah ia
Untuk menegakkan agama Islam

Ku kirimkan doa buatmu abah. Moga sentiasa aman tenteram sejahtera di sana dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Andai dapat diundurkan waktu dan ku tahu saat itu adalah yang terakhir untukmu, akan ku bersungguh2 berbakti padamu wahai abah. Maafkan anakmu yang sering degil tidak mendengar katamu, bongkak dengan keegoanku. RINDU PADAMU ABAH. <3 span="">


Monday, March 4, 2013

Cerita Hati

Semalam yang telah pergi
Menghilang tanpa jejak
Membawa bersama cereka
Duka dan ketawa

Dan kini ku mencari
Kalau masih ada kesan
Yang terus tersisa di dada
Pantai permainan

Jalanan yang panjang 
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada bersempadan

Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi

Gerimis menitis gugur membasahi bumi 
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga

Mungkin ada esok
Tuk ku ukirkan kalimah
Menjadi arca pembuktian
Pengabdian cinta




Wednesday, January 2, 2013

Cuti Umum Tahun 2013.. Azamku ~~

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Pembuka Notaku di tahun baru.... Ahlan Wasahlan 2013..
2012 meninggalkan banyak kenangan pahit dan manis. Mungkin tidak terluah dengan kata apa yang dirasakan saat ini. Ku harap titik permulaan yang lebih baik untuk tahun ini. Sahabatku disana, hanya kau sahabat, tiada lain selain engkaulah yang satu. :))

Azam tahun niii ---->> Nakk senyumm je walau dalam hati Tuhan saja yang tahu.. Nak kurangkan gula dalam minuman dan tambah manis dalam senyumannnn.... (^__________^)v..
Impiankuuuu.... TUNGGUUUUUUUUUUUUU...

Meh rancang2 cuti... ni ade sikit info nakk share... HARI CUTI UMUM MALAYSIA...






Semoga semua azam ku, keluargaku, sahabatku TERCAPAI... Amin Ya Rabbal Alamin..
Kawan-kawan tolong doakan sama yeeeeeee... TERIMA KASIH... wassalam...
Renung-renungkan dan selamat beramal.....

Friday, April 13, 2012

PART TIME

Kepada kawan-kawan yang perlukan pendapatan sampingan.. dialu-alukan untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan.. biarpun kecil, namun hasilnya insyaALLAH yang terbaik.. tak perlu risau untuk rugi kerana hanya bermodalkan rm20... kejayaan tanpa usaha, hanya SIA-SIA.... rezeki tak datang bergolek. x perlu jual barang.. SENANG.. tapi kalau tak cuba dan usaha, ALLAH pun tak nak bagi.. jom joinn saya..

>> http://www.rm20segera.com/?r=aq+yan

Wednesday, February 8, 2012

KolaGen - Iso 7



Mekanisme Lindung-Pulih ISO.7

• Mengurangkan stres-pengoksidaan dengan meneutralkan radikal bebas sebelum ianya dapat menyerang sel.
• Membaiki kerosakan radikal bebas di dalam sel dan tisu, lalu memulihkan kembali fungsi organ dan memulihkan sistem tubuh.
• Merehatkan saluran darah dan mengembalikan aliran darah ke organ penting seperti mata, telinga, otak, kemaluan, jantung, ginjal, paru-paru dan kulit. Proses ini memulihkan kesihatan secara umum.
• Mengurangkan serum kolesterol dan lipid, membantu mengekalkan tekanan darah normal dan kesihatan optimum.
• Bagi faedah jangka panjang - mengurangkan risiko penyakit kronik melalui khasiat antiaterosklerosis, antiangiogenik, antibakteria dan antikarsinogenik serta mengoptimumkan fungsi sistem imun

Ringkasan kebaikan ISO.7 :

• Membantu mencegah kesan penuaan awal.
• Membantu menggalakkan kesihatan kardiovaskular.
• Membantu merangsang fungsi otak dan ketajaman minda yang sihat.
• Membantu menggalakkan kesihatan penglihatan.
• Membantu mengekalkan tahap gula yang sihat di dalam darah.
• Membantu menggalakkan kesihatan saluran kencing.
• Membantu memelihara kulit yang sihat.
• Membantu meningkatkan sistem imun tubuh.
• Membantu mengekalkan fungsi sel yang sihat.
• Dapat menyumbang kepada kesihatan mulut.
• Bermanfaat terhadap fungsi penghadaman.

KolaGen - Iso 5



Ringkasan kebaikan Minuman Serat Campuran ISO.5:

• Menggalakkan kesihatan usus yang lebih baik
• Melancarkan sistem pencernaan
• Membantu merendahkan kolesterol tidak baik dan mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
• Membantu mencegah pembentukan karsinogen, asid hempedu dan sebatian toksik lain
• Membantu mengaktifkan sistem imun
• Membantu meningkatkan kawalan glisemik dan mengawalaturkan gula darah
• Menggalakkan sintesis vitamin
• Memberikan kawalan berat badan yang lebih baik

KolaGen - Iso 3



Sistem penyuburan kulit dari dalam ke luar CNP ISO.3

C - Clear / Membersih (untuk penyahtoksikan dan penyembuhan)
Kandungan berfungsi bertindak dengan membersihkan saluran darah ke kulit bagi membenarkan lebih banyak nutrien, darah dan air sampai ke lapisan kulit. Langkah ini melibatkan pemulihan dan pembersihan kulit yang menua dan menyingkirkan toksin, bintik-bintik penuaan, bintik-bintik hati dan bahan buangan daripada kulit.

N - Nourish / Menyubur (untuk kecantikan dan pembaharuan)
Kandungan berfungsi yang dibawa di dalam saluran darah sampai ke lapisan kulit dan menyuburkan kulit. Langkah ini melibatkan segala aktiviti penyuburan kulit seperti pembentukan sel kolagen baru (sel kulit baru) dan pencegahan penuaan kulit intrinsik.

P - Protect / Melindungi (untuk kesihatan kulit jangka panjang)
Kandungan berfungsi melindungi kulit daripada agen ekstrinsik yang menyebabkan kulit menua. Langkah ini melibatkan perlindungan jangka panjang kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh UV yang boleh menjurus kepada lesi kulit dan kanser kulit.Kandungan berfungsi melindungi kulit daripada agen ekstrinsik yang menyebabkan kulit menua.
Ringkasan Kebaikan CAMPURAN KOLAGEN MARIN TERHIDROLISIS DENGAN EKSTRAK BUAH-BUAHAN ISO.3:
• Membantu merangsangkan pembentukan kolagen dan metabolisme
• Membantu menggalakkan pembaharuan kulit dan mengurangkan pengecutan otot.
• Membantu menyelenggarakan kesihatan kulit dan mukus membran.
• Membantu memperbaiki keserian dan lembapan kulit.
• Membantu mengurangkan penampilan kedutan dan lingkaran hitam di sekeliling mata.
• Membantu mengurangkan hiperpigmentasi kulit dan memulihkan akne.
• Membantu meneutralkan radikal bebas.
• Membantu menyahtoksik kulit.
• Membantu melindungi kulit daripada radiasi ultraungu.
• Membantu mencegah penyakit dan jangkitan kulit.
• Membantu menyumbang kepada kesihatan menyeluruh pada tulang, gusi, rambut dan kuku.
• Membantu meningkatkan sistem imun tubuh.

Saturday, December 31, 2011

Yang Terindah ~!

Moga kau sentiasa tersenyum saat ini..
penuh keikhlasan.. :)

kamu..adalah kenangan yang terindah dalam hidupku..
moga angin smpaikan salam rindu yg padu padamu..
tiada pengganti..hanya kamu.kamu.kamu.

moga segala kepahitan, penderitaan dijadikan
pembakar semangat buat yang akan datang kelak..
jangan ditangisi, jangan disesali..
ku ingin kamu tahu..

KU SAYANG KAMU..

yang terindah adalah tiap saat diri ini,
hati ini, jiwa ini, dekat denganmu..

KAMU YANG TERINDAH ~!

Tuesday, October 4, 2011

- KHAS..Sayangku perempuan -

Video ini saya tujukan KHAS buat semua muslimat
a.k.a wanita, perempuan
mahupun yang sewaktu dengannya....
dengarlah wahai sahabat....
Sesungguhnya, hiasan dunia hanya sementara
dan pinjaman semata2...
Semakin bertutup semakin cantik... Masya-ALLAH.....


Thursday, September 15, 2011

- pUASA ENAm -



Salam ukhuwah... alhamdulillah masih diberi peluang oleh ALLAH utk berblog..masih di bulan syawal..tapi tahun ni terasa keseronokan tu mungkin dah makin pudar.. mungkin dek kerana umur yang makin dewasa..(BUKAN BUDAK2 OK)..

Ramai jugak yg x berapa nak paham apa tu puasa enam.. nak bagi senang paham..puasa enam ni adalah puasa sebanyak enam hari dalam bulan syawal..x kesah kalau nak buat secara berturutan ataupn selang seli..

firman ALLAH ada menyebut " Dahulukan yang wajib baru disertakan dengan yang sunat".. mana2 yang nk puasa sunat tu, jadi lebih baik, ganti dulu puasa yang dh ditinggalkan masa bulan ramadhan dulu.. anggap la tahun ini adalah tahun yang terakhir bagi kita..

_ RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL _


Dengan dalil ini..moga dijadikan panduan untuk menambahkan semangat kita untuk melakukan amal kebaikan..insyaALLAH..


1-

"Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun.”

(HR. Muslim).


2-

Imam Ahmad dan An-Nasa’i, meriwayatkan dari Tsauban, Nabi shallallahu ‘alaihi wasalllam bersabda:
“Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) sepuluh bulan, sedangkan puasa enam hari (di bulan Syawal, pahalanya) sebanding dengan (puasa) dua bulan, maka itulah bagaikan berpuasa selama setahun penuh.”

( Hadits riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam “Shahih” mereka)


3-

Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulallah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun”

(Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ). Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih.


4-

Imam al-Tabrani pula ada mengeluarkan di dalam susunan hadithnya yang turut berkaitan dengan fadhilat puasa enam Syawal maksudnya “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya”


WALLAHUALAM... JAZAKALLAHUHAIRA....

Thursday, August 25, 2011

PantUn raYa UnTuk MemBers

harini... last keje sebelum cuti sampai raye.................
wuhuuuuuu.... best gillerrr... !!
tapi dalam seronoknya kite tu mesti ade yang tengah sedih...
Ingat2 la ye kawan2.. Jangan terlalu suka sampai membawa duka..
Ni pantun untuk korang... aku ciplak jer....hehe..
Mintak maaf salah silap samada yang sengaja mahupun yang x sengaja...
Teramik hak korang tanpa pengetahuan.. Mintak halalkan k..

SELAMAT BERAYA..!!



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN..!!

Friday, August 19, 2011

ROKOK SENJATA YAHUDI PALING BERJAYA?



‎ROKOK ADALAH SENJATA UTAMA YAHUDI YANG PALING BERJAYA..??


KENAPA..?? KENAPA..? KENAPA..?


Mana ada org hisap rokok bermula dgn BISMILLAH..

Mana ada slps abis merokok ucap ALHAMDULILLAH..

- Menyalakan api adalah kesukaan syaitan.

- Meletakkan jari di mulut adalah amalan Yahudi.

- Mengepit 2 jari pAda rokok adalah perlambangan salib.

- Kandungan yang ada dalam rokok diperbuat dari benda yang kotor, syaitan kan suke kotor2.

- Rokok membahayakan kesihatan, Allah berfirman supaya menjaga apa yang dikurnia, tp sebab rokok, macam2 penyakit datang pada diri. memudaratkan kesihatan diri sendiri.

- Duit beli rokok tu makin menambah kilang2 rokok, dah la rokok haram, duit hasil dari meniaga rokok haram,untuk negara, kalau yang meniaga kecik2 pun same je,kalau benda tu dah haram, kan segalanya juga menjadi haram.. Renungkan.. @_@"?



UMAT ISLAM SEKALIAN....BERHENTILAH MEROKOK :)




___________1§§¶¶_______________________
_________1¶¶¶¶¶§¶¶1_____________________
________¶¶¶¶§§§§§¶¶§____________________
_______¶¶§§§§§§§§§¶¶§___________________
_______1¶¶§§§§§§§§§¶¶1~Ya Allah…
________¶¶§§§§§§§§§§¶¶¶~~ Ampunilah daku dan sahabatku
_________¶¶§§§§§§§§§§¶1~~dan masukkanlah kami kedalam
__________¶¶§§§§§§§§¶¶§~~rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan
___________¶¶§§§§§§§¶¶¶~yang maha penyayang...
____________¶§§§§§§¶¶~ Ya Allah… Lindunglah sahabat2ku
____________¶§§§§§§¶_________________¶1_
_________1¶¶§§§§§§§¶§_______________§¶¶_
________§¶¶¶§§§§§§§¶¶_____________¶¶¶¶1_=AMIN......
_______¶¶§§§§§§§§§§§¶¶__________1¶¶¶¶___
______¶¶§§§§§§§§§§§§§¶1______§¶¶¶¶¶¶____=AMIN......
_____1¶§§§§§§§§§§§§§§¶§_____¶¶¶§¶§¶1____
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§¶¶§1§¶¶§§§§¶§_____=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶§§§§¶¶§______
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶1_______=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶1________
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶__________=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶¶¶1___________
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶§_____________=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§¶1________________
_____¶§§§§§§§§§§§§§§§§§¶________________=AMIN......
_____¶§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶_______________
____1¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶1_____________=AMIN......
____§¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶¶1__________
____1¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶¶¶1_______=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶¶¶1____
______¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶¶¶1_=AMIN......
_____1¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶1
____¶¶¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶§¶§§§§§§§§§§§¶§
_1¶1_____________11111111§§§§§§§§§§§§§1_
¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦
¦................AMIN YA ROBAL ALAMIN.................¦