Salam ukhuwah... alhamdulillah masih diberi peluang oleh ALLAH utk berblog..masih di bulan syawal..tapi tahun ni terasa keseronokan tu mungkin dah makin pudar.. mungkin dek kerana umur yang makin dewasa..(BUKAN BUDAK2 OK)..
Ramai jugak yg x berapa nak paham apa tu puasa enam.. nak bagi senang paham..puasa enam ni adalah puasa sebanyak enam hari dalam bulan syawal..x kesah kalau nak buat secara berturutan ataupn selang seli..
firman ALLAH ada menyebut " Dahulukan yang wajib baru disertakan dengan yang sunat".. mana2 yang nk puasa sunat tu, jadi lebih baik, ganti dulu puasa yang dh ditinggalkan masa bulan ramadhan dulu.. anggap la tahun ini adalah tahun yang terakhir bagi kita..
_ RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL _
Dengan dalil ini..moga dijadikan panduan untuk menambahkan semangat kita untuk melakukan amal kebaikan..insyaALLAH..
1-
"Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun.”
(HR. Muslim).
2-
Imam Ahmad dan An-Nasa’i, meriwayatkan dari Tsauban, Nabi shallallahu ‘alaihi wasalllam bersabda:
“Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) sepuluh bulan, sedangkan puasa enam hari (di bulan Syawal, pahalanya) sebanding dengan (puasa) dua bulan, maka itulah bagaikan berpuasa selama setahun penuh.”( Hadits riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam “Shahih” mereka)
3-
Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulallah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun”
(Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ). Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih.
4-
Imam al-Tabrani pula ada mengeluarkan di dalam susunan hadithnya yang turut berkaitan dengan fadhilat puasa enam Syawal maksudnya “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya”
WALLAHUALAM... JAZAKALLAHUHAIRA....
No comments:
Post a Comment