<<..Hakikat Dunia..>>







First of alL....tq sgt2 pada Allah sebab dengan izinNya dpt gk ana siapkan blog nie...Walaupun memakan masa...tp Alhamdulillah..puas ati untuk ana...maaf la kalau blog ni ade kena mengena dgn kehidupan antum semua...tp ana x de sikit pun nk kaitkn hidup ana dengan hidup antum....Just crik tempat yg blh ana share something...jom..usha2 dgn ape yg ade kt blog ana...harap antum bg skit komen..


Followers

About Me

My photo
pEy dEe, sErembAN, Malaysia
Ape nak cite pasal aku nie..erm..aku pun xtaw la....aku hanya manusia biase yg xtaw ape2..aku sedang belajar...belajar untuk tahu ape yg sepatutnya aku wt....erm...aku harap korang dapat tolong aku....

Saturday, December 31, 2011

Yang Terindah ~!

Moga kau sentiasa tersenyum saat ini..
penuh keikhlasan.. :)

kamu..adalah kenangan yang terindah dalam hidupku..
moga angin smpaikan salam rindu yg padu padamu..
tiada pengganti..hanya kamu.kamu.kamu.

moga segala kepahitan, penderitaan dijadikan
pembakar semangat buat yang akan datang kelak..
jangan ditangisi, jangan disesali..
ku ingin kamu tahu..

KU SAYANG KAMU..

yang terindah adalah tiap saat diri ini,
hati ini, jiwa ini, dekat denganmu..

KAMU YANG TERINDAH ~!

Tuesday, October 4, 2011

- KHAS..Sayangku perempuan -

Video ini saya tujukan KHAS buat semua muslimat
a.k.a wanita, perempuan
mahupun yang sewaktu dengannya....
dengarlah wahai sahabat....
Sesungguhnya, hiasan dunia hanya sementara
dan pinjaman semata2...
Semakin bertutup semakin cantik... Masya-ALLAH.....


Thursday, September 15, 2011

- pUASA ENAm -



Salam ukhuwah... alhamdulillah masih diberi peluang oleh ALLAH utk berblog..masih di bulan syawal..tapi tahun ni terasa keseronokan tu mungkin dah makin pudar.. mungkin dek kerana umur yang makin dewasa..(BUKAN BUDAK2 OK)..

Ramai jugak yg x berapa nak paham apa tu puasa enam.. nak bagi senang paham..puasa enam ni adalah puasa sebanyak enam hari dalam bulan syawal..x kesah kalau nak buat secara berturutan ataupn selang seli..

firman ALLAH ada menyebut " Dahulukan yang wajib baru disertakan dengan yang sunat".. mana2 yang nk puasa sunat tu, jadi lebih baik, ganti dulu puasa yang dh ditinggalkan masa bulan ramadhan dulu.. anggap la tahun ini adalah tahun yang terakhir bagi kita..

_ RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL _


Dengan dalil ini..moga dijadikan panduan untuk menambahkan semangat kita untuk melakukan amal kebaikan..insyaALLAH..


1-

"Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun.”

(HR. Muslim).


2-

Imam Ahmad dan An-Nasa’i, meriwayatkan dari Tsauban, Nabi shallallahu ‘alaihi wasalllam bersabda:
“Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) sepuluh bulan, sedangkan puasa enam hari (di bulan Syawal, pahalanya) sebanding dengan (puasa) dua bulan, maka itulah bagaikan berpuasa selama setahun penuh.”

( Hadits riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam “Shahih” mereka)


3-

Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulallah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun”

(Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ). Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih.


4-

Imam al-Tabrani pula ada mengeluarkan di dalam susunan hadithnya yang turut berkaitan dengan fadhilat puasa enam Syawal maksudnya “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya”


WALLAHUALAM... JAZAKALLAHUHAIRA....

Thursday, August 25, 2011

PantUn raYa UnTuk MemBers

harini... last keje sebelum cuti sampai raye.................
wuhuuuuuu.... best gillerrr... !!
tapi dalam seronoknya kite tu mesti ade yang tengah sedih...
Ingat2 la ye kawan2.. Jangan terlalu suka sampai membawa duka..
Ni pantun untuk korang... aku ciplak jer....hehe..
Mintak maaf salah silap samada yang sengaja mahupun yang x sengaja...
Teramik hak korang tanpa pengetahuan.. Mintak halalkan k..

SELAMAT BERAYA..!!



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN..!!

Friday, August 19, 2011

ROKOK SENJATA YAHUDI PALING BERJAYA?



‎ROKOK ADALAH SENJATA UTAMA YAHUDI YANG PALING BERJAYA..??


KENAPA..?? KENAPA..? KENAPA..?


Mana ada org hisap rokok bermula dgn BISMILLAH..

Mana ada slps abis merokok ucap ALHAMDULILLAH..

- Menyalakan api adalah kesukaan syaitan.

- Meletakkan jari di mulut adalah amalan Yahudi.

- Mengepit 2 jari pAda rokok adalah perlambangan salib.

- Kandungan yang ada dalam rokok diperbuat dari benda yang kotor, syaitan kan suke kotor2.

- Rokok membahayakan kesihatan, Allah berfirman supaya menjaga apa yang dikurnia, tp sebab rokok, macam2 penyakit datang pada diri. memudaratkan kesihatan diri sendiri.

- Duit beli rokok tu makin menambah kilang2 rokok, dah la rokok haram, duit hasil dari meniaga rokok haram,untuk negara, kalau yang meniaga kecik2 pun same je,kalau benda tu dah haram, kan segalanya juga menjadi haram.. Renungkan.. @_@"?



UMAT ISLAM SEKALIAN....BERHENTILAH MEROKOK :)




___________1§§¶¶_______________________
_________1¶¶¶¶¶§¶¶1_____________________
________¶¶¶¶§§§§§¶¶§____________________
_______¶¶§§§§§§§§§¶¶§___________________
_______1¶¶§§§§§§§§§¶¶1~Ya Allah…
________¶¶§§§§§§§§§§¶¶¶~~ Ampunilah daku dan sahabatku
_________¶¶§§§§§§§§§§¶1~~dan masukkanlah kami kedalam
__________¶¶§§§§§§§§¶¶§~~rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan
___________¶¶§§§§§§§¶¶¶~yang maha penyayang...
____________¶§§§§§§¶¶~ Ya Allah… Lindunglah sahabat2ku
____________¶§§§§§§¶_________________¶1_
_________1¶¶§§§§§§§¶§_______________§¶¶_
________§¶¶¶§§§§§§§¶¶_____________¶¶¶¶1_=AMIN......
_______¶¶§§§§§§§§§§§¶¶__________1¶¶¶¶___
______¶¶§§§§§§§§§§§§§¶1______§¶¶¶¶¶¶____=AMIN......
_____1¶§§§§§§§§§§§§§§¶§_____¶¶¶§¶§¶1____
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§¶¶§1§¶¶§§§§¶§_____=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶§§§§¶¶§______
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶1_______=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶1________
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶__________=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶¶¶1___________
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶§_____________=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§¶1________________
_____¶§§§§§§§§§§§§§§§§§¶________________=AMIN......
_____¶§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶_______________
____1¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶1_____________=AMIN......
____§¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶¶1__________
____1¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶¶¶1_______=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶¶¶1____
______¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶¶¶1_=AMIN......
_____1¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶1
____¶¶¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶§¶§§§§§§§§§§§¶§
_1¶1_____________11111111§§§§§§§§§§§§§1_
¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦
¦................AMIN YA ROBAL ALAMIN.................¦



Thursday, August 18, 2011

Tangisan Syawal kerana Ramadhan



Ramadhan,

Kau sahabat sejatiku,
Kau sentiasa mendahulukanku,
Membenarkan aku di hadapan.
Kau memberiku kegembiraan,
Tapi kau penuh kesedihan,
Kesedihan hasil dari penyesalan.

Ramadhan,

Hebatnya kau,
Mampu menahan segala nafsu,
Tapi aku, penuh leka,
Dengan riang ria,penuh bangga,
Aku penuh maksiat, penuh dosa.

Ramadhan,

Ku selalu menantimu,
Agar ku dapat mencari sebuah pengajaran,
Agar diriku juga mampu,
mampu menjadi terlalu mulia sepertimu.

Ramadhan,

Kau ada segalanya,
Ada terawih di tiap malam,
Ada Nuzul Al-Quran,
Ada Lailatul Qadar,
Kau penuh pengampunan.
Pahalamu berganda.

Ramadhan,

Kau terlalu bermakna,
Tanpamu, tiada erti kemenangan bg diriku.
Terlalu susah untuk bertemumu,
Setahun hanya sekali,
Syurga dan rahmat dibuka,
Bagi yang sentiasa memuliaknmu.

Ramadhan,

Terima Kasih atas kebaikanmu,
Moga diriku mampu menjadi sepertimu,
Moga tiap-tiap tahun dapat bertemu.


KU MENGHARAP DIRIKU JUGA DIMULIAKAN SEPERTI DIRIMU,
PENUH DENGAN KEINSAFAN.. MANUSIA, JADIKAN AKU BERMANFAAT SEPERTI APA YANG TELAH KAU LAKUKAN PADA RAMADHAN.. AKU INGIN MENJADI SEPERTINYA..


Nukilan,
~ KhaliFAH de DuNiya ~

Wednesday, August 17, 2011

MaGic oh MagiC...~~


~~ JOM MAGIC.... Hehehe... ~~


‎696666999999666999999666666966666966666696666666669666696666696
696669999999969999999966669696666966666696666666696966696666696
696666999999999999999666696669666966666696666666966696699999996
696666669999999999996666966666966966666696666669666669696666696
696666666699999999666666999999966966666696666669999999696666696
696666666666999966666666966666966966666696666669666669696666696
696666666666699666666666966666966999999699999969666669696666696




Highlight ayat atas ^

CTRL+F.
Tekan 9 ATAU 6.


Tuesday, August 16, 2011

Kuih Raya - Ada gUnE gOldeN cHurn Butter taK.?

GOLDEN CHURN BUTTER HARAM..!!!


Ni bukan main2 ni..hati2 dalam kandungan makanan.. kalau nak beli mentega tu...tengok kandungan die... tau dh sekarang ni musim akak2, mak2, makcik2, semua nya dh sibuk dok buat kuih raye.. nnt main beli je mentega x taw ape kandungan, lepas tu terus pakai buat kuih raya.. INgat2 JAKIM dah sahkan yang dalam GOLDEN CHURN ada kandungan lemak babi..

ni contoh rupe mentega golden churn yang dijual kt pasaraya atau kat kedai2.. kalau nampak.. jangan beli..OK.. ISLAM menitikberatkan juga perihal makanan. Aspek akhlak insan yang baik berkait juga dengan cara pemakanannya sendiri.. tengok..

ni kandungan yang terdapat dalam mentega Golden Churn. Orang New Zealand kata sedap..orang Islam Malaysia kena cakap HARAM.. aku x makan..!!

dari negara orang puteh pegi ke singapore.. singapore pegi ke brunei terus ke malaysia... kenapa tak disekat awal..? x dikaji dulu tiap kandungan barang yang akan dibawa masuk ke Malaysia.. ??bila dah jadi..dah ramai yang kena..baru nak sibuk dok bising pasal ni..ntah bape ramai orang dah makan mende ni.. Moga ALLAH melindungi kita semua..

Makin banyak agenda orang kapir nk murtadkan umat ISLAM.. dah banyak sangat dah mende yang dicmpur dengan benda yang tak halal.. kat hotel2, makanan dicampur dengan arak, ayam2,disembelih x ikut syarak ( kedai fast food- sape yang asaskan?sape punye idea buat kedai tu), air jus,ade campuran alkohol. air mineral, ade campuran air gereja ( sampai orang Islam yang minum ni x boleh nak mengucap langsung) dan baru2 ni pasal minuman ringan( bergas).. yang ni akan diulas nanti2.. dah banyak sangat dah... masyaALLAH.. hati-hatilah kita dalam tiap kali memilih makanan ringan. pastikan HALAL..!!

Sabda Rasulullah :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَة رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ، قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ اللهَ تَعَالَى طَيِّبٌ لاَ يَقْبَلُ إِلاَّ طَيِّبًا وَإِنَّ اللهَ أَمَرَ الْمُؤْمِنِيْنَ بِمَا أَمَرَ بِهِ الْمُرْسَلِيْنَ فَقَالَ تَعَالَى: يَـأَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا. وَقَالَ تَعَالَى: يَـأَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَارَزَقْنَاكُمْ. ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلُ يُطِيْلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ: يَارَبُّ يَارَبُّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِىَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لَهُ.

(رواه المسلم)


Sabda Rasullallah;

Allah itu baik dan hanya akan menerima yang baik. Makanlah makanan yang baik dan beramallah dengan amalan yang soleh, makanlah makanan yang baik yang telah kami beri rezeki kepadamu,Seorang lelaki yang dalam perjalanan yang jauh,kusut masai rambutnya dan berdebu mukanya, menghulur kedua tangan ke langit [berdoa]!, Wahai Tuhan ku! Wahai Tuhan ku! Pada hal makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram dan mulutnya disuapkan dengan yang haram, makan bagaimana kah diperkenankan doanya?

.

Wahai Sa’ad, perbaikilah (murnikanlah) makananmu, niscaya kamu menjadi orang yang terkabul do’anya. Demi yang jiwa Muhammad dalam genggamanNya. Sesungguhnya seorang hamba melontarkan sesuap makanan yang haram ke dalam perutnya maka tidak akan diterima amal kebaikannya selama empat puluh hari. Siapapun yang dagingnya tumbuh dari yang haram maka api neraka lebih layak membakarnya. (HR. Ath-Thabrani)


kEmBALi>>

Monday, August 15, 2011

ENgkaU rATu Hatiku,





Engkau ratu hatiku,

Hangatnya tika diri dipeluk olehmu,
Dijaga & ditatang diri ini, walau diri punya hal lain, ku menjadi tumpuan. Sehingga ku menjadi siapa diri ku kini. nukilan hati - 'Penatnya dia. Kesian dia. Apa nak buat untuk balas semua tu.?' Bila akal menjadi penjara diri, Segalanya ku lupa. lebih pada dunia semata. Tikanya wujud dalam hidupku, menjadi air mata bagimu. Tika diri gelak ketawa. Disisi dunia, kau terasa tidak berharga. Namun tidak kau tahu ku juga sama. Aku di perantara. DIA sentiasa bersama. Dosanya aku padamu, ya ALLAH, banyaknya. sesak. Ku ikutkan akal.ku ikutkan hati. Xmampu diulang. Ku tahu itu impian tapi sepatutnya kau tidak diketepikan. Tapii.... bagaimana?? HATI.. sukarnya untuk difahami. haluss. Doaku sering untukmu agar sentiasa redha. MENGAPA harus kau begitu?? ku mahu kau seperti dulu. Ku rasa bahagia walau sakit perit jiwa terseksa dek masalah datang menimpa. Ku x mahu apa, hanya faham!. Lupakan yg silam. Apa yang salah kini.? tidak ada salahnya. Kau antara yang beriman, kau yang terkuat. kenapa begini.? Beri sedikit ruang di saat tertinggal menggapai impian. Tidak mampu melawan saat kau merintih. Ku kaku, ku kalah. Sakit. Tiada siapa yg mengerti.

ALLAH... ku rindu padamu.. bawa aku bersamamu.
REDHA NULLAH..

Friday, August 12, 2011

Konspirasi Zionis & Dajjal

part 1 -



part 2-



Kita sekarang ini berada di era Dajjal.. jadi berhati2lah dengan segala dugaan.. pastikan segalanya berpandukan dengan hadis sahih, sunnah2 nabi dan yang terpenting pegangan kita sebagai Islam iaitu AL-QURAN..


di Malaysia sudah ada bangunan Obelisk.?? Apa itu Obelisk..??
Jom kita lihat >> klik sini >> oBelisk di MalaySia?

Thursday, August 11, 2011

Jangan Terpedaya oleh Dunia

APA ITU OBELISK? Saya pasti ramai daripada anda pernah terlihat binaan ini. Tetapi apa sebenarnya Obelisk ini? Kenapa ia berada di serata dunia, TERMASUKLAH DI NEGARA KITA, MALAYSIA sendiri? Tidak percaya? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui kebenaran yang tersirat.





Obelisk ini sebenarnya berasal dari Tamadun Mesir Purba dibina untuk melambangkan Tuhan Matahari mereka (Ra) dan mereka percaya Ra wujud bersama Obelisk ini. Mereka telah membina lebih kurang 29 buah obelisk untuk Tuhan Ra mereka.

Tahukah anda kenapa umat Islam wajib melontar batu di Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah? Ini adalah kerana tiang tersebut merupakan sebuah “obelisk” hasil dari tiang yang menjadi simbol pemerintahan Firaun pada zaman dahulu.
Dajjal dan tenteranya mengguna dan memanipulasi tenaga piramid (piramid pada hujung obelisk) dengan kaedah sains untuk tujuan yang jahat. Sebab itulah umat Islam wajib membaling batu di Jamratul sebagai tanda protes kepada manipulasi ini dan juga benci dengan iblis serta kejahatannya. Tidak ramai umat Islam yang memahami maksud simbolik kenapa perlunya membaling batu di Jamratul.

Semasa menunaikan Haji, umat Islam akan membaling batu sebanyak 7 kali dengan 7 biji batu dimulai dengan tertib di ketiga-tiga Jamratul bermula dari Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah dengan niat:
Bismillah, Allahuakbar Rajman Lisyaitani wahizbih
(Dengan nama Allah, Tuhan Yang Maha Besar, aku melontar syaitan dan pengikut-pengikutnya)



Pertanyaan sekarang ini.. adakah simbol obelisk ada di malaysia..
Jawapannya : YA,ADA SIMBOL OBELISK DI MALAYSIA..

Buktinya ialah -



Pasti ramai antara kita yang tidak tahu dan perasan sebenarnya di Malaysia tidak terlepas dari binaan dajal ini. Obelisk di Malaysia terletak di Precint 2, Putrajaya. Idea siapa ini..? Siapa yang ada kaitan dalam membina simbol ini di malaysia..? Wallahualam.. Semua ini menjadi rahsia ALLAH..


Sabda Rasullulah: Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka (iaitu kaum berkenaan). – Hadis Riwayat Abu Daud



untuk faham lebih lanjut mengenai KONSPIRASI DAJJAL.. mari lihat video di bahagian bawah blog..

klik sini untuk lihat videO >> KonSpirasi ziOnis & dajjaL

Terima kasih atas komitmen anda..

Surat Seorang Remaja Kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib

Surat Seorang Remaja Kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib

*Surat Seorang Remaja Kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib

—————————————————————————————-

Assalamualaikum Dato’ Seri.

Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH Julai nanti genaplah umur saya 19 tahun. Masih berbaki lebih kurang 2 tahun sebelum saya layak mengundi. Tetapi saya yakin dalam ruang demokrasi tidak pula mensyaratkan yang saya hendaklah berumur 21 tahun untuk melayakkan surat saya ini dibaca Dato’ Seri.

Dato’ Seri, saya ingin memperkenalkan diri sebagai remaja yang sangat ingin tahu. Keinginan saya ini menjadikan saya remaja yang tidak hanya terpaku di meja belajar semata. Saya mampu menonton berita hingga ke penghujungnya (tidak di bahagian Sukan semata).

Saya juga mampu membaca suratkhabar dari muka depan hingga ke muka akhir. Saya sering ‘singgah’ di laman-laman sesawang untuk melihat berita-berita yang tidak tersiar di media arus perdana. Saya juga remaja yang suka meladeni buku-buku yang tidak menjadi kegilaan kebanyakan remaja seusia saya.

Tidaklah pula saya katakan yang saya lebih tahu daripada Dato’ Seri, tidak. Saya cuma mahu tegaskan saya adalah remaja yang memerhati. Saya adalah remaja yang bukan kerjanya sehari-hari hanyalah makan, tidur, ‘menelan’ buku teks semata. Saya adalah remaja yang mengikuti rapat perkembangan-perkembangan semasa negara tercinta ini.

Izinkan saya Dato’ Seri untuk memberi pandangan saya. Pandangan seorang budak, seorang remaja. Mungkin Dato’ Seri fikir, apalah ada pada seorang remaja seperti saya. Justeru, suka untuk saya ingatkan pada Dato’ Seri yang InsyaALLAH kelak, kamilah yang akan membuang undi!

Dato’ Seri Najib yang saya hormati, memimpin sebuah negara bukanlah perkara yang mudah. Tidak pernah ia menjadi mudah, tidak boleh ia diambil mudah. Ia adalah persoalan besar dan penting. Persoalan yang diletakkan tinggi di dalam Islam. “Kepimpinan adalah amanah, celaan di dunia, dan penyesalan di akhirat”, begitu sabda Nabi SAW.

DASAR

Saya, yang tohor ilmu dan cetek pengalaman ini percaya bahawa setiap tindakan kita adalah bergantung kepada prinsip yang kita letakkan sebagai neraca asas. Bagi sesetengah orang, mereka meletakkan Demokrasi sebagai neraca asas mereka. Ada yang meletakkan kepentingan peribadi, atau kroni, atau Sosialisme, Liberalisme dan sebagainya. Bagi kita, seorang Muslim, neraca asas yang menjadi dasar pertimbangan kita tentulah ISLAM. Izinkan saya bertanya, apakah Asas Utama kepada setiap tindakan Dato’ Seri?

Apakah Islam? Atau Kepentingan diri, atau kroni, atau selainnya?

Maaf Dato’ Seri, kiranya jawapan Dato’ Seri bahawa asas bagi setiap tindakan Dato’ Seri adalah Islam (saya tak pasti jika Dato’ Seri akan memilih jawapan selainnya), maka saya ada beberapa soalan untuk Dato’ Seri.

Saya amat keliru dengan dasar Program Transformasi Ekonomi yang dibawa Dato’ Seri. Apakah ianya dirangka dengan neraca Islam atau selainnya. Justeru, saya mohon penjelasan Dato’ Seri.

Saban hari saya dan rakan-rakan menerima berita dari segenap pelusuk negara, sama ada dekat dengan kami atau jauh, remaja seusia kami yang MENGHILANG! Iya, ‘hilang’ nyawa kerana penggunaan dadah berlebihan atau kerana perlumbaan haram. ‘Hilang’ maruah dan harga diri kerana amalan penzinaan lewat pergaulan bebas. ‘Hilang’ akal kerana ketagihan ekstasi, pil khayal dan arak. ‘Hilang’ kewarasan hingga tergamak membunuh bayi kecil atau ditinggalkan di jalanan untuk menjadi habuan anjing dan hurungan semut. ‘Hilang’ kemampuan untuk menjadi barisan pelapis kepimpinan negara. ‘Hilang’ arah hinggakan nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan! HILANG Dato’ Seri, HILANG!

Saya begitu terkesan pada pesan Saiyidina Ali KWJ, “Lihatlah pada generasi muda, untuk menilai masa depan ummatnya”. Saya tergamam dan jadi takut Dato’ Seri, melihatkan rakan-rakan sebaya yang hanyut. Apakah sebegini hancur dan punahnya masa depan negara tercinta ini!?

PELAN TRANSFORMASI EKONOMI

Program Transformasi Ekonomi anjuran kerajaan pimpinan Dato’ Seri turut menggariskan perancangan untuk MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH HAB HIBURAN MALAM UNTUK MEMACU INDUSTRI PELANCONGAN. Di atas alasan untuk memperkasa industri pelancongan dan menarik pelancong juga kerajaan pimpinan Dato’ Seri merancang penubuhan kelab-kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan mempakejkan semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Kerajaan Dato’ Seri juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012 akan menyusul. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

Maka menjelang 2014 negara kita akan memiliki sekurang-kurangnya 10 kelab malam di zon hiburan. Rancangannya adalah untuk menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudkan lebih kurang 5,000 pekerjaan baru menjelang 2020. Bagi mencapai hasrat itu, kerajaan Dato’ Seri akan merubah beberapa peraturan hiburan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan malam.

Dato’ Seri juga berhasrat melonggarkan lagi syarat-syarat untuk persembahan artis luar negara. Dan kami telahpun menyaksikan bagaimana seorang penyanyi gay membuat persembahan, memuaskan nafsu remaja-remaja muda dengan kebenaran daripada kerajaan Dato’ Seri.

Izinkan saya ulangi soalan saya Dato’ Seri, apakah Islam diletakkan sebagai neraca timbangan ketika Dato’ Seri merangka, membentang dan membahas idea ini? Ataupun Dato’ Seri punya pilihan lain yang Dato’ Seri lebih suka untuk diletakkan sebagai neraca timbangan?

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, apakah Dato’ Seri penuh sedar bahawa perancangan Dato’ Seri ini adalah perancangan ‘PEMUSNAHAN’ besar-besaran? Ini bukanlah pelan pembangunan ekonomi, ini adalah pelan ‘PEMUSNAHAN’ berskala besar yang akan menjadikan rakan-rakan seusia saya, remaja semuda saya atau lebih muda hancur musnah Akhlaknya, punah-ranah Sahsiahnya.

Iya, Dato’ Seri akan ‘menghancur’ dan ‘membunuh’ pemimpin masa depan, para cerdik pandai generasi akan datang dengan lambakan hiburan dan keseronokan melampau! Saya dan rakan-rakan bakal dihidang dengan acara memuas nafsu yang berterusan. Ini akan menatijahkan hanya satu Dato’ Seri, iaitu hilang upayanya kami untuk menduduki barisan kepimpinan negara suatu masa nanti. Atau apakah pada pandangan Dato’ Seri, yang kami akan menjadi lebih bijak dan pandai kiranya ‘menelan’ hiburan-hiburan ini?

IFF dan AURAT

Dato’ Seri, seolah-olah saya pernah mendengar Saiyidina Umar al-Khattab menegaskan, “Bahawa adalah kita, ummat yang dimuliakan Allah dengan Islam. Sesiapa yang mencari kemulian selain daripada Allah, maka akan dihina Allah”. Terasa-rasa seperti terdengar SA Umar bertitah demikian kerana ia begitu meresap masuk di hati ini.

Dato’ Seri, saya begitu kecewa dan terkesima jadinya waktu melihat Dato’ Seri dan isteri melangkah megah di Festival Fesyen Islam, Monte Carlo tempoh hari. Saya tak dapat mengawal hati untuk berteriak-teriak marah tatkala melihat gambar pakaian-pakaian yang diperaga atas nama “Kelembutan Islam” (Modesty of Islam) yang dinaungi oleh isteri Dato’ Seri dan pastinya dengan izin Dato’ Seri. Saya dan sahabat-sahabat terpinga-pinga dan tertanya-tanya apakah ini pemahaman Dato’ Seri dan isteri mengenai pemakaian di dalam Islam?

Saya dan rakan-rakan jadi jelak dan muak Dato’ Seri, maaflah. Waktu Dato’ Seri ‘bertempik’ berikrar untuk mempertahankan Islam dan Melayu, isteri Dato’ Seri tidak pernah berusaha untuk menyahut seruan suaminya sendiri. Isteri Dato’ Seri tidak pernah kelihatan menutup aurat dengan sempurna. Isteri Dato’ Seri berpeluk mesra dengan orang yang haram bersentuhan (bukan mahram) tanpa segan silu di khalayak ramai. Saya tertanya-tanya, apakah Dato’ Seri meredhai perbuatan isteri Dato’ Seri ini?

JUDI

Bukan sedikit kontroversi yang berlaku waktu Dato’ Seri mengumumkan pemberian lesen kepada syarikat-syarikat tertentu untuk mengurus perjudian sukan di Malaysia pertengahan 2010 lalu. Sukar untuk saya agak apakah harapan Dato’ Seri dengan pemberian lesen-lesen judi ini?

Apakah ini juga satu pelan meningkatkan ekonomi Malaysia? Apakah Dato’ Seri gembira dengan duit yang mencurah masuk, dalam masa yang sama kita melihat betapa hebatnya gejala buruk yang bakal timbul lewat perjudian?

Apakah Dato’ Seri meletakkan neraca BERKAT dan LA’NAT waktu mengemukakan cadangan ini? Apakah Dato’ Seri akan meredhai kiranya rakyat Malaysia memberi sesuap nasi kepada keluarga mereka dengan wang hasil judi yang mereka perolehi? Apakah budaya yang cuba dibentuk Dato’ Seri sebenarnya?

Apakah keputusan-keputusan ini ditimbang dengan neraca agama? Atau Dato’ Seri menggunakan neraca lain sebagai ganti?

KEMISKINAN dan HARGA NAIK

Dato’ Seri orang bangsawan. Keturunan bangsawan. Barangkali jika tidak jadi Perdana Menteri Malaysia pun Dato’ Seri tetap akan hidup senang-lenang mewarisi kekayaan. Menteri-menteri Dato’ Seri juga kaya raya.

Maka tidak kiralah jika hari ini minyak naik 10 sen, 20 sen, 50 sen atau RM 10 sekalipun, Dato’ Seri dan sekalian menteri tidak akan bersusah. Tidak perlu berjerih payah.

Tahukah Dato’ Seri, di celah-celah, ceruk-ceruk kampung atau kota, ada rakyat yang menderita lewat kebejatan ekonomi yang punah hasil ketirisan dan kelemahan pengurusan. Pengurusan yang tidak meletakkan Islam sebagai neraca dan Allah sebagai penilainya adalah pengurusan yang menghancur!

Dato’ Seri, saban hari saya melihat orang-orang miskin dan kesusahan. Tahukah Dato’ Seri, untuk menyekolahkan anak pun sudah membuatkan mereka terpaksa membanting tulang, berusaha keras, apatah lagi untuk menghantar mereka ke menara gading (yang PTPTN lebih menghimpit daripada membantu).

Kadang-kadang, apabila anak-anak yang bersekolah meminta wang lebih untuk buku rujukan tambahan, si ibu atau bapa terpaksa menghulur dalam titis air mata. Sudahlah hutang yuran persekolahan pun masih belum dilunas. Bukan sedikit keringat yang dicurah demi sesuap rezeki halal untuk anak-anak dan keluarga.

Kerajaan Dato’ Seri jangan terlalu bergantung kepada statistik dan kajian untuk menilai kemampuan rakyat. Selamilah sendiri penderitaan rakyat yang terseksa dan merana kerana sistem ekonomi yang menyiksa. Setiap kali harga minyak atau keperluan utama naik, meski sekadar 10 sen atau 20 sen, mengalirlah air mata rakyat yang menanggungnya.

Rakyat benar-benar tersiksa sekarang. Janji tinggal janji, janji tidak pernah dipenuhi. Janji itu dan ini sekadar untuk meraih undi. Waktu menang nanti kami rakyat sudah dilupai. Tinggal kami bermatian berusaha keras sendiri.

SUARA RAKYAT

Waktu rakyat turun ke jalanan berdemonstrasi untuk meluahkan rasa yang terbuku di hati dan berkongsi pedihnya kehidupan dengan Menteri-menteri yang berkuasa, Dato’ Seri menghantar pada kami ‘perusuh-perusuh’ yang membantai tulang lemah dan daging kurus kami. Kami dibelasah dan diinjak-injak umpama binatang korban, umpama tak punya maruah. Kami diherdik dan dicaci. Kami disimbah dengan air kimia yang saya yakin, Dato’ Seri sendiri tidak pernah rasai pedih dan peritnya.

Dan menteri-menteri Dato’ Seri tanpa rasa bersalah menggelarkan kami sebagai perusuh yang cuba menggugat keselamatan negara, beruk-beruk di jalanan yang cuba menarik perhatian.. kalaulah mereka yang menuduh melulu itu bisa memahami pedihnya hati ini.

Semuanya adalah kerana kami rakyat yang mahu berkongsi rasa dengan pimpinan negara. Sudahlah pilihanraya dijalankan dalam keadaan penuh keraguan dan ketidakadilan, ruang media yang disekat, tangan dan kaki kami rakyat diikat, maka ruang kecil untuk bersuara di jalanan inilah, ruang untuk kami menyampaikan rasa pada pemerintah dan pemimpin kami. Sekadar ruang kecil untuk kami bercerita dan berkongsi betapa peritnya kehidupan yang kami rakyat lalui.

Pernahkah Dato’ Seri pedulikan suara kami? Pernahkan selain daripada tarikh pilihanraya Dato’ Seri menjadi begitu cakna pada kami? Pernahkah waktu pandangan rakyat yang tidak menguntungkan Dato’ Seri diambil peduli? Pernahkah Dato’ Seri?

Dato’ Seri bertindak sungguh responsif setiap kali adanya himpunan-himpunan rakyat. Melalui Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri memastikan kami rakyat yang berhimpun tidak akan berjaya berhimpun dengan aman dan baik. Media di bawah kawalan Dato’ Seri juga menggunakan segala maklumat yang ada untuk memburuk-burukkan kami. Ulama’-ulama’ yang bernaung di bawah Dato’ Seri juga menggali hujah-hujah agama demi membuktikan tindakan kami bersuara adalah bercanggah pada sisi agama.

Dato’ Seri, saya sungguh kecewa dengan setiap tindakan ini. Bukankah perhimpunan anjuran Dato’ Seri pada setiap malam menunggu detik Kemerdekaan dan Awal Tahun Baru, ribuan malahan mungkin ratusan ribu rakyat termasuk golongan muda-mudi datang menyertai. Akhbar arus perdana jugalah yang melaporkan tangkapan demi tangkapan kerana berkhalwat, kerana dadah, kerana berkelakuan tidak sopan pada setiap kali sambutan-sambutan anjuran Dato’ Seri. Apakah pernah himpunan rakyat membantah ketidakadilan dan mahukan sedikit keadilan, pernah menjadi penyebab anak-anak muda ditangkap khalwat?

Dan pernahkah Ulama’-ulama’ muda yang bernaung di bawah Dato’ Seri itu menegur Dato’ Seri kerana program jamuan nafsu tersebut. Tetapi menegur himpunan rakyat yang bersuara sebagai Bughah (derhaka) dan menuju Maksiat!?

REFORMASI

Saya dan juga rakan-rakan adalah remaja muda yang punya sikap, punya pendirian. Kami berazam untuk mengubah keadaan ini Dato’ Seri. Kami berazam dan bertekad bahawa seluruh diri kami akan diperguna untuk memperbaiki keadaan punah ini.

Kaedah merubah itu 2 Dato’ Seri. Pertama, nasihat agar berubah. Kedua, kira gagal, UBAH sendiri. Nasihat sudah saya berikan. Pandangan sudah saya sampaikan. Rakyat lain juga begitu, isyarat sudah mereka sampaikan.

Jika sampai masanya untuk kami membuat pilihan, dan keadaan tidak lagi pulih, percayalah Dato’ Seri, kami sudah membuat pilihan sekarang untuk siapa yang layak menerima undi kami nanti.

Tidak cukup dengan itu, saya dan rakan-rakan, kami adalah remaja muda yang penuh tenaga dan kekuatan. Kami akan gerakkan massa suatu hari nanti agar pentadbiran, pengurusan, pemerintahan, kewangan dan sistem kehidupan yang meletakkan Islam, Keadilan, Kesejahteraan, Keamanan sebagai asas, akan beroleh tempat tertinggi di negara ini.

Dato’ Seri, saya tidak mengancam. Tidak pula mengugut. Saya mengingatkan. Kerana inilah tanggungjawab saya sebagai Mu’min. Bukankah sesama Mu’min itu bersaudara?

Dato’ Seri, mungkin surat ini akan sampai kepada pengetahuan Dato’ Seri, mungkin juga tidak. Kiranya ia sampai ke pengetahuan Dato’ Seri, saya dahulukan dengan permohonan maaf kerana mungkin ada kesilapan saya. Maklumlah, saya remaja muda, mungkin ada silap dan salah pada lenggok bahasanya. Saya juga berterima kasih, iyalah, orang sesibuk Dato’ Seri meluangkan masa untuk mengambil perhatian pada surat saya ini, itu adalah satu penghormatan buat remaja seperti saya.

Namun Dato’ Seri, kiranya ada pada surat ini ataupun tindakan-tindakan remaja muda seperti kami ini yang mungkin lantang menyatakan pendirian hingga mungkin Dato’ Seri terguris hati, kami tidak memohon maaf untuk itu. Kerana Dato’ Seri, INI MEMANG ADALAH PENCAK KAMI!

Sekian, terima kasih.

HANYA UNTUK TATAPAN..


<