Kau sahabat sejatiku,
Kau sentiasa mendahulukanku,
Membenarkan aku di hadapan.
Kau memberiku kegembiraan,
Tapi kau penuh kesedihan,
Kesedihan hasil dari penyesalan.
Ramadhan,
Hebatnya kau,
Mampu menahan segala nafsu,
Tapi aku, penuh leka,
Dengan riang ria,penuh bangga,
Aku penuh maksiat, penuh dosa.
Ramadhan,
Ku selalu menantimu,
Agar ku dapat mencari sebuah pengajaran,
Agar diriku juga mampu,
mampu menjadi terlalu mulia sepertimu.
Ramadhan,
Kau ada segalanya,
Ada terawih di tiap malam,
Ada Nuzul Al-Quran,
Ada Lailatul Qadar,
Kau penuh pengampunan.
Pahalamu berganda.
Ramadhan,
Kau terlalu bermakna,
Tanpamu, tiada erti kemenangan bg diriku.
Terlalu susah untuk bertemumu,
Setahun hanya sekali,
Syurga dan rahmat dibuka,
Bagi yang sentiasa memuliaknmu.
Ramadhan,
Terima Kasih atas kebaikanmu,
Moga diriku mampu menjadi sepertimu,
Moga tiap-tiap tahun dapat bertemu.
KU MENGHARAP DIRIKU JUGA DIMULIAKAN SEPERTI DIRIMU,
PENUH DENGAN KEINSAFAN.. MANUSIA, JADIKAN AKU BERMANFAAT SEPERTI APA YANG TELAH KAU LAKUKAN PADA RAMADHAN.. AKU INGIN MENJADI SEPERTINYA..
Nukilan,
~ KhaliFAH de DuNiya ~
em... nice...:-)
ReplyDeletethumbs up.. :))
ReplyDeletetq Pn.Sheila & syasyah_biscuits.. moga syawal nnt kite sambut dgn penuh kemuliaan jugak.. ^__-
ReplyDelete