Aku mencintaimu kerana ALLAH,
itu yang ku tahu.
kerana janji ALLAH itu pasti.
yg terbaik segalanya datang dr Nya.
Sahabat,
terlalu cepat masa berlalu,
kenangan bersamamu mengajar erti kehidupan,
menduga hati dan akal dalam setiap langkah.
Sahabat,
Pertama kalinya ku merasa,
yg dulunya kosong kini berteman,
benar kata mereka " Sahabat SEJATI sukar dicari "
moga kekal hingga ke akhirnya.
Sahabat,
Mengalir air mata ku,
tika salah faham menjadi punca keretakan hubungan,
aku rindu kenangan bersamamu,
maafkan diri ini andai segalanya ku yg salah.
Sahabat,
Izinkan diriku mnjadi sebahagian dr dirimu,
agar ku dpt merasa apa yg kau rasa,
agar segala beban dipikul bersama,
terasa ringan walau berat di dada.
Sahabat,
Janganlah kau jadikan perkara yg kecil mjadi api marak,
ku ingin menjadi benteng hatimu dari retak,
beri aku peluang menjadi temanmu walau sesaat,
kerna ku tak ingin dirimu sesat dan penat.
Sahabat,
Ku tadah tanganku sentiasa doa untukmu,
Agar satu hari kan kau temu,
Kebahagiaan yg kau impikan selalu.
Sahabat,
Kau tiada pengganti,
sayangnya padamu lebih dr diriku sendiri,
Dinihari, terasa rinduku padamu.
Agar angin menyampaikan hasrat hatiku,
Kerna x tercapai jari jemari untuk mnggenggam erat tanganmu.
AKU MENCINTAIMU KERANA ALLAH, SAHABATKU..
nUkILan,
KhaliFAH dE dUNiya
NICE!!
ReplyDelete